Pages

Friday, July 8, 2011

KL Menjerit....vs Bersih 2.0



Gara-gara Bersih 2.0 punya hal...jalan-jalan sekitar KL menjadi sesak ditahap giler..bayangkan setiap jalan penuh dengan deretan kenderaan. Sekatan jalanraya di serata tempat menuju jalan masuk ke Kuala Lumpur. Walau apa pun keselamatan negara perlu diutamakan. Jangan biarkan negara kita yang aman sejahtera menjadi huru hara. Kepada mereka yang memperjuangkan perhimpunan jalanan carilah negara yang sesuai. Bukan di Malaysia. Malaysia adalah untuk rakyat yang mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan.




Kepada anggota keselamatan yang bertugas menjaga keamanan, sabarlah walaupun cuti telah dibekukan. Tugas untuk negara lebih di utamakan. Jasamu hanyah tuhan saja yang membalasnya.

Hari ini aku keluar juga ronda-ronda Kuala Lumpur, terasa juga ingin naik Komuter.Terasa sudah lama tidak beratur membeli tiket,tunggu di stesen dan bersesak-sesak dalam Komuter menuju ke destinasi.Kali terahir menaiki Komuter ada semasa belajar masa kat UKM dulu.Hepi jugak rasanya...


.

No comments: