9.30 Pagi
Menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Membenteras Dadah (MTMB) tahun 2010 sebagai wakil pengarah yang tidak dapat hadir kerana menghadiri satu mesyuarat di Langkawi Kedah. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri YB Datuk Wira Abu Seman Yusop di Bilik Mesyuarat Tingkat 14 Bangunan Jabatan Pembangunan Persekutuan.Dalam mesyuarat tersebut berkisar mengenai senario dadah dan tindakan dalam membenteras dadah di Kelantan.Mesyuarat selesai jam 12.15 tengahari.Setelah selasai bertolak balik ke Penjara kerana terpaksa masuk bertugas petang.
Makan tengahari di Kedai pokok ketapang depan penjara bersama pelajar praktikum dan anak buah.Selesai makan, mandi serta solat zuhur dan masuk bertugas.Terasa la sedikit letih jugak..
No comments:
Post a Comment