Pages

Sunday, March 14, 2010

Meeting dan Kerja Petang

9.30 Pagi

Menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Membenteras Dadah (MTMB) tahun 2010 sebagai wakil pengarah yang tidak dapat hadir kerana menghadiri satu mesyuarat di Langkawi Kedah. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri YB Datuk Wira Abu Seman Yusop di Bilik Mesyuarat Tingkat 14 Bangunan Jabatan Pembangunan Persekutuan.Dalam mesyuarat tersebut berkisar mengenai senario dadah dan tindakan dalam membenteras dadah di Kelantan.Mesyuarat selesai jam 12.15 tengahari.Setelah selasai bertolak balik ke Penjara kerana terpaksa masuk bertugas petang.

Makan tengahari di Kedai pokok ketapang depan penjara bersama pelajar praktikum dan anak buah.Selesai makan, mandi serta solat zuhur dan masuk bertugas.Terasa la sedikit letih jugak..

Thursday, March 11, 2010

Adusssss

9.00 pagi.

Pagi makan roti canai telur dengan kopi 'o'.

Selepas tu pergi tengok rumah kejap kat Kampung Raja.Kerja-kerja pemasangan siling sedang dilakukan dan pembinaan pagar.

Bertolak balik ke Pengkalan Chepa kerana bertugas petang. Masuk kerja petang.Kena tegur dengan boss sikit kerana ketidakperihatinan dalam menyiapkan tugasan.Memang diakui kerana memang silap sendiri....aduh tak pasal kena.walaubagaimana pun semua diterima secara positf dan anggap sebagai proses pembelajaran....

Dalam dua tiga hari ni masalah air juga menjadi masalah utama.Tak tau apa sebabnya bekalan air selalu tiada...

Tuesday, March 9, 2010

Basuh Kereta....Kemas Rumah

6.00 Pagi..

Hari ni bangun awal jugak..tak de bendak yang nak dibuat..layan Asro 701..Laverage...sembahyang subuh..baring2 jap....

8.30 pagi.

aktiviti yang plan nak buat adalah nak basuh keta Lancer skit...keta pun lama dah tak basuh..debu pun banyak...polish tayar, dashboard..nampak lawa skit walaupun keta buruk.lepas basuh keta..kemas rumah lak.sapu apa yang patut..mop lantai.nak la bersih sikit..biasa la dok sorang2...sambil2 tu masak air untuk minum.buat stok air masak.

Sunday, March 7, 2010

Hari yang ceria.....

Isnin.4.30 pagi

hari ini aku terbangun awal.mungkin kerana sakit perut atau tidur sudah terlebih..
tak ada apa2 yang nak dibuat.bukak tv rancangan astro 701 tengok citer csi dan chuck sehingga pukul 6.00 pagi.

Makan pagi ari ni..nasik lemak, jemput2 pisang 2 bijik, telur separuh masak dan kopi o beng...
kira tahap mentangkedarah ni...

Projek Lancer A172-Part 5

Semasa meronda di kedai tayar pada pagi tadi,terjumpa satu set rim 17 inci.memang menarik..offset depan 8 inci, belakang 9 inci...kena pulak dengan tayar 225 45 depan dan 235 45 belakang.yang penting Made in Japan...ori punye....

memang jatuh cintan tahap 5 dibuatnya..kalau ikut bajet memang tak cukup punya untuk bulan ni.tapi tak ape makan megi ngan air sejuk pun aku sanggup demi rim ini..

Demi memastikan kereta Lancer saya menjadi ganaz...tak perlu pikir panjang..terus bayar dan pasang terus pada Lancer ini..biar la badan keta masih lagi dalam keadaan bemacam2 kaler.tak ada masalah punye..

lepas ni kena cat baru pulak memang terangkat abis wooo








perancangan lepas ni..
keja2 mengecat la pulak...
rasanya dah boleh start dah ni....

Tuesday, March 2, 2010

Rumahku Syurgaku Part 2

Lama dah rasanya saya tak update blog tentang perkembangan projek rumah.
Alhamdulillah rasanya segala kerja berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Kerja2 dapat disiapkan mengikut jadual.