Pages

Sunday, July 26, 2009

HOBI BARU - JOM KAYUH BASIKAL

Memandangkan projek kereta Lancerku yang sampai hari ini tak siap-siap, aku menjadi semakin boring tak de kerja nak buat.Sudah 6 bulan keretaku tersadai di bengkel.kadang-kadang rasa macam nak jual keta tu.Cari aktiviti lain yang boleh mengisi masa terluang.


Aku sebenarnya tertarik dengan aktiviti berbasikal.Semasa di sekolah lagi aku sudah mula berbasikal.Tapi sejak kerja ni aku dah tak sempat dah. Cuma sejak kebelakangan ini aku mula berjinak-jinak dengan berbasikal ni. Memandangkan ditempat keja aku ada 2,3 orang anak buah aku yang aktif gatih(berbasikal la), aku pun rasa nak turut serta jugak..


Mula-mula gatih ari tu rasa lenguh jugak..dalam 10 km jugak bermula dari Pengkalan Chepa melalui Sabak dan kembali ke Pengkalan Chepa. Suadah berbelas tahun tak naik basikal tau la rasa. punggung rasa sakit skit.

Setelah lebih seminggu ikut gatih pada petang, rasa stamina pun ada skit. Rasa boleh dah rasa ikut program yang dianjurkan.

Sekarang ni join PHK Cycling Team Kota Bahru

Semasa menyertai Program Berbasikal Kempen Hidup Sihat 1Malaysia anjuran MCA Kota Bharu pada 24 Julai 2009


Bersama dengan rakan-rakan sambil makan-makan

Bergambar di Bangunan Mara Cabang 4 Tumpat