Pages

Wednesday, December 30, 2009

NOTA EDITOR MAJALAH KERETA TAHUN 2009

Tappet ku berbunyi
Januari 2009

Ketika anda membaca baris nota ini, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan 2008. Tahun yang membawa pelbagai khabar suka dan duka dalam industri automotif ataupun perkara umum. Apa sahaja cerita yang bakal menutup tirai 2008, ianya akan tinggal sebagai sejarah. Tahun 2009 bakal menyaksikan perubahan ketara dalam lanskap ekonomi. Seperti semua yang kita sedia maklum, kini banyak syarikat mengecilkan operasi, kilang-kilang membuang pekerja dan juga polisi kerja lebih masa, elaun dan pelbagai insentif yang terpaksa disekat bagi kebanyakan syarikat untuk meneruskan survival mereka.

Hakikat ini bagaikan ‘putaran’ yang berputar setiap 10-12 tahun yang lalu. Cuma pada kali ini, impaknya lebih besar kerana negara Amerika Syarikat dan Eropah yang terkena tempiasnya terlebih dahulu. Jika anda perasan, kali ini keruntuhan struktur ekonomi ini melanda negara-negara kuasa ekonomi. Malah di Asia, Jepun dan China menyerapnya terlebih dahulu, diikuti Korea, Hong Kong, Taiwan dan India. Setakat ini, rata-rata negara-negara dunia ketiga belum tampak goyah, walaupun pada kebanyakan keadaan, kita terpaksa berjuang untuk mengekalkan kedudukan inflasi, pertumbuhan ekonomi, kadar pengangguran, KDNK, Kadar Faedah Semalaman (OPR) serta kestabilan tukaran matawang yang akan meletakkan negara dalam keadaan yang sukar.

Tahun 2008 juga adalah tahun yang menyaksikan perubahan mendadak pada harga bekalan minyak dunia. Dari satu tahap melebihi USD150 setong hingga ke turun ke paras pasaran 10 tahun lalu. Hanya USD40 setong. Orang pun mula berkata, politikus pula mengambil kesempatan. Kenapa harga minyak tidak boleh murah sebagaimana tahun 1998? Bukan begitu analoginya. Industri minyak adalah industri berkepentingan bagi setiap negara. Segala teknologi yang diperbaharui untuk meningkatkan kualiti bahan bakar dari crude oil tersebut memerlukan kos. RON97 tahun 1997 tidak sama dengan RON97 tahun 2007, begitulah juga dengan bahan bakar lain seperti disel dan petrol leaded yang lain. Hakikatnya, pengurusan tahap ketika minyak asli di pam di dasar laut hingga tiba ke stesen minyak memerlukan proses yang rumit dan kesemuanya melibatkan kos.

Saya mungkin telah menjelaskan ini untuk beberapa kali semenjak awal tahun ini. Saya juga telah membayangkan bahawa ekonomi akan perlahan dalam masa terdekat. Bagi sesiapa yang hidup di era 1997, pengalaman telah mengajar kita bahawa simpanan tunai adalah amat penting dalam meneruskan survival dunia yang semakin mencabar. Namun janganlah pula terlalu risau. Seperti yang disebut di awal nota ini tadi, ‘lifecycle’ ini akan berakhir dalam tempoh selewat-lewatnya dua tahun. Bergantung kepada cara dan polisi yang digunakan kerajaan untuk berhadapan dengan situasi semasa.

Sebagai manusia biasa yang turut akan susah bersama-sama anda untuk masa-masa mendatang, untuk kesekian kalinya, marilah kita berdoa supaya Malaysia akan terus aman dan sejahtera. Semoga segala perancangan polisi yang akan digunapakai oleh kerajaan dapat menstabilkan memulihkan ekonomi atau setidak-tidaknya stabil untuk tahun-tahun akan datang. Selama itu juga, kami turut berharap anda meneruskan sokongan pada majalah ini, kalau anda takbeli, mati keringlah kitorang.

Selamat Tahun Baru!
irwan@majalahkereta.com.my


Jujurkah kita?
Februari 2009

Entah, rasa-rasanya, tak ada orang dalam dunia ni yang kaya dengan cara jujur 100 peratus. Sikit sebanyak, cilok mencilok mesti ada. Baik meniaga, bekerja, berkawan ataupun bermusuh. Jujur dan bercakap benar adalah satu perkara yang susah untuk kita amalkan kerana resmi hidupnya begitu. Kalau nak ke kedai dan anak tanya “ayah nak pegi mana?’dan kita jawap “Gunting rambut”, dah tentu anak tak nak ikut dan memekik beli mainan dan macam-macam. Ha.. ! kan dah jadi pembohongan.

Kisah benar Peristiwa ni berlaku dalam tahun lepas. Saya telah berjanji dengan seorang kenalan di internet, berjumpa di Jakarta. Beliau berminat dengan kamera DSLR saya. Di Indonesia, kamera otai saya ni masih ada peminatnya dan harganya lebih munasabah dari menjualnya di sini. Setelah berbalas emel dan sms, beliau bersetuju untuk bertemu di satu tempat yang dijanjikan di kota. Urusan jualbeli ini berjalan lancar, saya beri peluang pada beliau untuk mencuba sepuas-puasnya kamera tersebut. Mamat ni pun nampak baik dan jujur orangnya. Saya suka orang begini. Kalau setuju kata setuju, kalau barang elok, jangan kata itu tak kena, ini tak kena, semata-mata nak mintak harga murah. Kami minum kopi sambil berbual kosong. Beliau berpuas hati dan wang rupiah bertukar tangan. Saya gelak sakan sebab banyak ekstra nak berbelanja nih! Malam tersebut, saya menerima panggilan telefon dari pembeli tersebut, katanya kamera tersebut mengalami masalah buffer dan shutter yang tersekat. Setelah saya cuba memberi beberapa cara DIY yang tidak berkesan. Saya jadi bingung. Sebetulnya, kamera tersebut saya gunakan sehari-hari. Syaitan yang jahat memberi beberapa pilihan;
Tutup telefon, tukar simkad lain
Jangan jawab telefon
Nafikan kerosakan tersebut berpunca dari saya
Buat bodo

Apa yang saya akan dapat ialah wang yang agak banyak dan dosa sumpah seranah jika kerosakan tersebut adalah memang dari tangan saya. Namun dalam perbualan tersebut, beliau langsung tidak mengungkit perihal wang yang dibayar, ataupun meminta pulangan wang. Jadi, dek kerana kejujuran tersebut, saya membuat pilihan sukar dengan mempelawanya datang ke hotel keesokan harinya. Saya berjanji untuk bertemu semula dengannya dan berjanji akan memulangkan wangnya kerana kerosakan tersebut. Dari nada suara beliau di telefon, kelihatannya beliau tidak yakin yang wangnya akan saya pulangkan kembali.

Esoknya kami bertemu dan setelah membelek-belek dan mencuba beberapa kali, memang kamera tersebut ada masalah. Jauh di hati kecil saya berkata mungkin ia masalah dari tangan saya. Apa yang saya buat? Duit yang diberi semalam sudah saya pakai sekitar 20 peratus. Saya berterus terang dengannya, saya dah pakai duit yang dibayar semalam. Saya boleh pulangkan wangnya tapi baki tersebut hanya dapat saya bayar dari Malaysia. Atau opsyen lainnya, beliau boleh mengambil barang kamera lain seperti lensa dan aksesori lain yang boleh digunakan kemudian. Beliau mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana tidak sangka saya sejujur itu untuk bertemunya kembali. Tahu apa beliau kata? “Saya tidak sangka bapak sejujur ini, saya ingat, sudah tentu kehilangan wang saya dan tidak mungkin bertemu kembali penjualnya”, “Saya kagum sama orang MALAYSIA”, ujar beliau berkali-kali. Tiba-tiba saya rasa diri saya terpanggil bangga mewakili seluruh rakyat Malaysia. Beliau mengambil wang semalamnya yang tidak cukup itu, kemudian saya memberinya sebuah tele-lens yang berharga di atas pasaran baki yang sepatutnya saya bayar. Kesimpulannya, beliau rugi. Namun dengan jujur beliau menganggap-harganya adalah nilai sifat amanah yang diperolehinya dari saya. Malah ketika saya ingin memasukkan wang dari sini, beliau tidak mahu menerimanya. Adakah saya jujur? Ya. dalam kes ini. saya bukanlah dari kalangan orang-orang lurus bendul macam Amid. Kalau orang telefon, malas jawab tu macam-macam juga alasan yang saya bagi.

Namun kesimpulannya, jujur sebenarnya sifat yang tidak merugikan kita. Malah satu hari nanti jika anda ke Jakarta dan bertemu dengan kenalan saya, dia telah memiliki satu persepsi bagus tentang orang Malaysia. Tidakkah usaha kecil saya itu berbaloi?

irwan@majalahkereta.com.my


Antara punca, sebab dan akibat
Mac 2009

Tidak dapat dinafikan, dunia hari ini adalah perdasarkan perniagaan berstatus kapitatis. Hakmilik sesuatu harta, monopoli perniagaan secara umumnya adalah tidak bersifat awam. Monopoli perniagaan ini juga mendatangkan akibat yang pelbagai. Jika diurus secara betul mengikut sistem yang dicadangkan, maka sistem ini akan memberi manfaat besar pada segenap lapisan masyarakat. Namun jika pembahagian konsesi tidak dijalankan secara telus dan adil, maka rakyat juga yang akan menanggung akibatnya.

Dari sudut aspek pentadbirannya pula, kerajaan perlulah tertubuh dengan majoriti yang kuat. Terlalu kuat tidak bagus, dan terlalu lemah juga tidak bagus kerana percanggahan pendapat hanya terdengar dari suara minoriti pembangkang. Kerajaan yang seimbang adalah pilihan yang negara demokrasi inginkan. Namun yang demikian, demokrasi tanpa kawalan juga tidak mendatangkan faedah yang baik, lihat sahaja suasana politik di Thailand.

Saya tidak berminat untuk bercakap tentang politik, semuanya sama sahaja. Jadi untuk kali ini, kita lihat bagaimana sesebuah negara harus dibina mengikut acuan dan bentuknya. Kita mungkin berhasrat untuk menjadi negara maju seperti Singapura, Jepun dan Amerika sebagai contoh, tetapi saya sebagai individu, tidak sanggup untuk mengejar kebendaan dan masa depan sehinggakan masa menjadi semakin pendek. Pendek kata, tidak ada istilah hidup cara sederhana, semuanya adalah perdasarkan persaingan dan yang tertinggal akhirnya akan tewas. Dalam konteks pembahagian ekonomi samarata seperti Singapura sebagai contoh, persaingan adalah bersifat samarata. Apabila kos semakin meningkat, pendapatan perkapita juga begitu. Naik dan terus naik.

Persaingan dalam kehidupan juga boleh dilihat dari perspektif perniagaan. Ekonomi kapitalis menggambarkan bahawa keterbukaan dalam persaingan dan walaupun kita tidak menerimanya sebagai ciri perniagaan adil, namun hakikatnya persaingan ini telah membentuk pasaran yang kompetitif, memberi banyak sumbangan kepada pengguna amnya. 10 tahun dahulu, saya percaya tidak ramai yang mampu untuk terbang dengan syarikat penerbangan MAS. Seingat saya, penerbangan dari Subang ke Kota Bharu kosnya ialah lebih RM300 sehala. Dan ia adalah pilihan yang cukup jelas untuk orang menggunakan pengangkutan awam seperti bas ekspress. Namun dengan wujudnya persaingan daripada Air Asia, meskipun berlainan kelas, pengguna kini berhadapan dengan pilihan yang lebih banyak. Sebabnya cukup jelas, AirAsia memberi saingan yang cukup besar sehinggakan perniagaan penerbangan domestik yang dimonopoli MAS terpaksa akur menyusun strategi untuk tidak kehilangan penumpang. Keujudan sayap MAS, Firefly adalah contoh bagaimana persaingan perniagaan itu kembali menyerang pasaran AirAsia. Ia kembali kepada perbincangan asal, persaingan yang menguntungkan pengguna.

Monopoli dalam perniagaan juga tidak bagus. Ingatkah anda lebih 10 tahun dulu ketika pasaran talian telefon bimbit hanya dimonopoli oleh Nokia dan Motorola? Ketika itu juga perkhidmatan talian hanya Celcom 010 dan ATUR 450 jenis analog, kemudiannya lahir 019 jenis digital. Namun ia masih dikuasai satu syarikat. Kos panggilan pula ada yang setinggi 60 sen seminit. Saiz telefonnya juga sebesar basikal.
Kemudian lahir Maxis 012, dan ADAM 017 serta Mobikom 018, TM Touch 013 dan Digi 1600. Apakah akibatnya? Kos panggilan menjadi semakin murah kerana setiap syarikat cuba menawarkan perkhidmatan terbaik dengan kos yang lebih rendah. Anda tahu berapa kos panggilan telefon bimbit di Singapura? Ini adalah satu contoh monopoli yang mudah difahami apabila syarikat seperti Singtel menguasai sistem yangs sepatutnya bebas. Jika diberi lesen, anda rasa Maxis atau Celcom mampu bersaing di Singapura?

Perniagaan juga melibatkan aspek lain seperti penswastaan. Teorinya memang bagus, penswastaan membebaskan kerajaan daripada bebanan projek besar yang perlu diselia untuk sekian masa. Namun pemilihan syarikat konsesi yang tidak telus juga mendatangkan banyak implikasi kepada pengguna. Contoh paling senang, lebuhraya. Kita sudah lama hidup di era di mana Kementerian Kerja Raya di bawah satu menteri sejak berpuluh-puluh tahun dahulu. Dan takdir menentukan bahawa tahun lepas, menterinya bertukar. Dengan menteri yang baru, dalam tempoh lebih kurang 1 tahun kita sudah diumumkan dengan diskaun tol waktu tengah malam dan terbaru pemansuhan tol di lebuhraya Pantai Baru (NPE) di plaza tol PJS Selatan Kampung Medan.

Ia adalah berkenaan boleh atau tidak boleh. Bolehkah, kita mengharap Proton Saga dijual pada harga RM20,000?. Jawapnya boleh, tapi dengan syarat ia perlu dijual sejuta unit setahun untuk membolehkan kos pembuatan dan komponennya menjadi rendah. 1 juta setahun menjadi sangat mustahil-jadi keseimpulannya tidak boleh.

Tol pula adalah sesuatu yang menjadi beban besar pada kita sejak bertahun lamanya. Dan berbalik kepada pronsip asal, boleh atau tidak boleh untuk dikurangkan? Nak tunggu rakyat berdemonstrasi? Tak perlu rasanya. Datuk Seri Mohd Zin Mohamed ada pasukan yang cukup bijak untuk membuat kiraan untung rugi syarikat konsesi sedia-ada dan rasanya tidak mustahil beliau akan tampil dengan keputusan yang lebih mesra rakyat. Boleh tak Datuk?

irwan@majalahkereta.com.my


Politik vs Ekonomi
April 2009

Akhir-akhir ini, politik adalah perkara yang hangat diper-katakan. Dari krisis kerajaan negeri Perak, hingga-lah ke hal yang remeh temeh, semuanya berkaitan dengan politik. Tahukah anda? politik adalah dunia yang penuh sandiwara, kepuraan dan hipokrit. Yang pandai bekerja dan kurang bercakap biasanya lebih mudah ditendang keluar. Yang tak reti bekerja dan banyak bercakap lebih ramai daripada yang betul-betul berhasrat menjadi pemimpin untuk rakyat. Kesudahannya, setiap hari, TV menghidangkan berita, padangan dan politikus dengan kenyataan yang mem-bosankan. Baik dari kerajaan atau pun pembangkang, sama saja.

Semuanya berkaitan dengan kepentingan. Yang benar-benar ikhlas dan berkepim-pinan tidak ramai, walaupun ada. Namun bila anda dikelilingi oleh mereka yang lebih ‘poyo’, maka kredibiliti sebenar kepimpinan itu tenggelam. Saya masih teringat salah seorang ADUN di Pahang yang merupakan senior saya sewaktu di sekolah di Pekan, Pahang. Beliau memang sangat berkepim-pinan walaupun ketika itu baru di tingkatan lima. Beliau bukan sahaja dihormati oleh junior yang lebih muda, malah turut disegani oleh rakan-rakan sebayanya. Prestasi akademi-knya juga bagus, beliau juga dihormati di kalangan guru dan warden asrama kami. Namun beliau tidak lagi menjadi ADUN, saya pun tak tahu di mana beliau kini. Itu adalah contoh pemimpin yang saya kenal dari segi peribadi.

Namun seperti yang diperkata-kan, orang sebegini sebenar-nya tidak mempunyai masa depan yang jauh dalam politik. Politik adalah politik, namun yang memualkan sejak akhir-akhir ini ialah isunya. Kalau anda betul-betul bagus dalam ekonomi, cubalah duduk semeja walau pun berlainan bendera. Kongsi bersama cara atau kaedah yang mungkin dapat menyelamatkan negara kita dalam krisis ekonomi hari ini. Berhentilah menjadi hero dengan pelbagai perancangan yang mengarut dan tak masuk akal.
Keadaan ekonomi sekarang dalam kategori menuju parah, janganlah sibuk berpolitik sampai negara boleh lumpuh sebab tak ada kerja lain sebab nak bepolitik.

Keadaan ekonomi sekarang bukan sahaja lembab dan tidak bagus. Malah ramai pakar berpendapat ia bakal menjadi lebih buruk berban-ding 1997. Pengajarannya, bersedia untuk menghadapi situasi itu. Saya bukan orang yang berkepakaran ekonomi, tapi kepada kepimpinan yang dipilih rakyat, buatlah ke-putusan yang berhati-hati dalam sebarang tindakan.

Bagus juga ada skim kursus yang ditawarkan kepada mereka yang diberhentikan kerja. Kerana ironinya memang mudah. Tanpa kerja, orang tidak akan ada pen-dapatan, tanpa pendapatan orang tidak boleh meneruskan hidup. Manusia akan melaku-kan apa sahaja untuk terus hidup. Itu adalah lumrahnya bagi manusia sejak lahir ke bumi, jahiliah sehinggalah terciptanya tamadun. Berhenti-lah sejenak berpolitik. Tak perlulah bagi komen atau pandangan yang tak perlu. Dah jadi menteri, buatlah kerja menteri. Dalam keadaan sekarang ini. Selamatkanlah ekonomi negara terlebih dahulu. Malaysia sudah bagus, aman dan harmoni. Kita dikelilingi oleh persekitaran negara yang tak seimbang. Lihat sahaja senario politik di Indonesia dan Thailand. Contoh terdekat ada di depan mata. Jangan sibuk berpolitik sampai satu hari nanti duit ringgit dah sama nilainya dengan rupiah.

Berhentilah sekejap. Esok lusa, bila nekonomi dah pulih, nak politik, nak bukak TV sendiri, nak buat rombongan ke Rusia pun tak ada sapa nak marah. Tolonglah...

irwan@majalahkereta.com.my



Anda Bersedia untuk MPV?
Mei 2009

Saya percaya, jika anda telah membaca majalah ini dari edisi pertama, anda mungkin sebaya saya. Muda tapi hensem dan anak-anak yang turut hensem. Saya juga percaya, jika kereta pertama anda adalah Kancil pada tahun 1999, kini sudah tentulah kereta tersebut tinggal kenangan. Atau setidak-tidaknya jadi kereta projek atau kereta malam minggu sambil lepak dengan geng-geng tiga suku. Dan sudah pastinya juga anda membeli sebuah kereta sedan yang besar atau sebuah MPV. Samada Proton Persona, Gen2 atau Waja, atau Civic seperti Sepat, Estima seperti Mizan, Avanza seperti Abang kandung Bard, Zul.

Inovasi pemilikan kereta kita memang begitu, akhirnya kita terpaksa menerima hakikat dengan bilangan anggota keluarga yang bertambah, mahu atau tidak MPV adalah keperluan bagi masyarakat moden, khasnya bagi mereka yang tinggal di Ibukota. Saya adalah salah seorang daripadanya. Dilema balik kampung menjadi tajuk utama. Bawak kereta memang masih boleh, tapi tahap praktikal dan keselesaannya dah tak nampak. Kalau jenis kampung 1-2 jam dah sampai tak apa. Kalau 6 jam? Kalau jem, jadi 10-12 jam? Kalau anak-anak anda macam anak saya? Boleh bergayut sepanjang jalan? Boleh duduk atas speaker board belakang CF4? Melompat sana-sini?

MPV akan menyelesaikan sebahagian masalah tersebut. Hampir semua MPV yang ada di pasaran telah saya ujipandu. Baru, 2nd hand, unregister, bulat, kotak, 7 seater, 8 seater, 6 seater 2nd pilot. Anda boleh namakan sahaja. Sebabnya, saya miskin dan tak banyak duit, tak boleh silap beli. Saya pasti, sebahagian pembeli juga menghadapi apa yang saya rasa, Cuma jika inginkan sebuah MPV yang betul-betul baru, mendapatkannya pada harga bawak RM100 ribu kelihatan mustahil dengan fungsi yang kita kehendaki, 7 dewasa dengan selesa dan kargo yang padan dengan beg balik kampung. Bukan beg pada bahagian kaki sebab kargo cuma boleh letak seguni beras.

Saya bermula dengan MPV baru yang murah-murah. Mula-mula tengok Avanza, lepas tu Livina dilancarkan, test lagi,lepas tu test Innova, Citra, lepas tu Citra Rondo. Dan sampaikan ke HiAce pun saya test. Semua ada kelebihan, tetapi saiz-saiz kecil macam Avanza, Livina dan Citra terpaksa dikeluarkan dari senarai awal-awal lagi. Dan tidak dilupakan, saya turut menguji pandu Nissan Cube atau dikenali dengan Mitsuoka MPV. Sampaikan pernah saya fikir nak pasangkan Thule box kat bumbung nak bawak barang. Sampai macam tu sekali ah? Dan apabila menyedari bahawa bajet untuk MPV baru amat mustahil, saya beralih kepada 2nd hand.Bermacam-macam jenis MPV yang saya cuba, termasuklah Estima ACR30 (mahal tak padan dengan tahun), Odyessey RA2 (tak jumpa yang padan dengan harga-MPV ni tahun 1996-97). Kemudian beralih kepada Stream (seat 3rdrow dan kargo fail), Ipsum(terlebih budget), Mitsubishi Dion(handling macam K-Car!), Nissan Presage (terlebih bajet), Gaia(dalam kaler terang-kargo kecik),Stepwgn (tak jumpa 2nd hand-unregister tak mampu), Edix (6seater-2 baris-tak jumpa model 2.0 yang mampu dibeli, 1.7underpower). Yang bentuk macam MPV bukan 7 tempat duduk pun saya cuba. Pernah dengar dia?

Kemudiannya saya sampai menyenaraikan SUV dan 4X4 yang ada 7 tempat duduk. Ia termasuklah Prado 2.7 petrol(manual dan loan susah), Pajero V45W (roadtax pulak mahal) dan ada beberapa lagi yang saya tak ingat sampai hari ni. Itu belum termasuk senarai MPV conti, abira, Ulysse, Vito 230 yang mana terpaksa disenarai hitamkan akibat faktor kos repair yang menggerunkan.Akhirnya saya berjaya mendapatkan sebuah MPV terpakai Jepun pada harga yang munasabah. Alhamdulillah, tak pernah ada masalah setakat ni. Besar, 7 seater, 2 row air cond dan kargo yang besar. Minyak boleh tahan mentakadarah dan rupa yang macam orang pergi surau, memang dalam satu pakej. Kesimpulan dari pencarian saya ini menyedarkan saya bahawa pilihan kita untuk kenderaan MPV amat terbatas. Setidak-tidaknya untuk orang berpendapatan rendah seperti saya. Jadi, sebelum membuat pilihan, ada baiknya kaji setiap model yang anda ingin beli,ingat, ada yang murah dengan pakej, rosak repair mahal, dan yang mahal tapi tak best pun banyak.

irwan@majalahkereta.com.my



Inilah kerja kami
Jun 2009

Beberapa bulan kebelakangan ini adalah waktu yang paling sibuk buat kru KERETA yang semuanya bersemangat nak cepatkan terbitan majalah di pasaran. Semuanya berlumba-lumba kerja termasuklah mereka yang sebelum ini lebih banyak masanya berborak perihal tepi kain orang lain. Encik Volume 13 (yang terpaksa dirahsiakan identitinya), juga lebih kerap berada di kilang percetakan sebab tak tahan kena sembur dengan kru KERETA sebab kualiti printing yang macam #$@%@$. Tatacara kerja juga telah kami susun semula agar semua orang lebih bertanggungjawab pada tugas masing-masing. Jadi, tidak akan lagi jadi isu kata jurugambar ambil gambar tak cun. Bila dah ditunjukkan perbandingan kualiti printing dengan yang di depan monitor PC, barulah tahu betapa terernya jurugambar mengambil gambar. Terutamanya kru yang shooting malam. Hah, barulah sedar bahawa kualiti cetakan memang tahap bukan level profesional.

Kerja juga telah membawa kru ke serata tempat. Bulan lepas, kami ke Johor Bharu dan Kluang. Bulan ini ke Teluk Intan, bulan depan tak tau lagi pasal gaji belum dapat. Eh apasal gaji lambat bulan ni hah? Takpe, nasib baik duit 3 bulan lepas tak habis pakai lagi. Bard mana? Khabarnyaskandalnya telah terbongkar. Beliau dikatakan sedang menyorok di sebuah lokasi yang tidak dapat dipastikan.

Minggu depan, kami juga akan menghantar kru ke Surabaya. Sapa lagi kalau bukan Mat Kuntau yangsebenarnya saya kesian sebab dia tak habis ungkit pasal apa dia tak dapat pergi Jepun. Kesian juga tengok dia ni. Tak habis-habis merajuk. Dahlah muka buruk. Edisi Julai kami akan masukkan sekali pusingan Autoblackthrough Surabaya yang juga ironik kerana ia adalah pusinganpembukaan pertama pertandingan pada tahun ini. Ini adalah disebabkan jadual PEMILU iaitu pilihanraya umum Indonesia yang hanya berakhir April lalu.
Kerja juga adalah satu benda yang tidak ada penghujung. Bila berjumpa dengan mat-mat kereta, ramai yang bertanya macamana kami boleh menulis dan masih mampu menulis tanpa bosan dan kekeringan idea. Kalau tanya pada saya, jawapannya mungkin subjektif. Pada saya, semuanya perlu bermula dengan minat. Kalau minat, maknanya kita akan berfikiran positif dan idea bagus akan datang. Tapi ada kalanya jem juga otak nak fikirkan corak penyampaian yang sesuai dengan masa. Persaingan dengan majalah lain di pasaran juga adalah perkara positif yang akan menjadikan kami terarah mencari cara lain untuk memastikan majalah ini lain daripada yang lain. Errr..kalau saya masukkan sekali rencana motor atau cerita misteri sekali macamana?

Corak penyampaian juga telah menjadi satu identiti. Namun begitu ada yang kurang senang dengan stail Mat Kacau, Mat UIA, saya dan Pirdaus menulis. Mat UIA sikit-sikit “bahkan”, Mat Kacau dengan Pirdaus Lu-Gua-Lu-Gua lepas tu dengan lawak slapstik. Oh lupa, tadi saya baru habis edit di bahagian grafik. Tiba-tiba rasa nak tergolek gelak baca tajuk “Combi Kg Pisang”, dah lama story ni masuk, sampai saya pun lupa yang tajuk tu saya yang bagi.

Tapi apa yang pasti dari komen keseluruhan, corak ini diterima pembaca. Bukan kami hendak memuji diri, tetapi setelah hampir 10 tahun saya duduk di meja ini, saya dapatmerasakan bahawa kami telah dapat menarik pembaca baru yang sebelum ini samada tak pernah baca majalah berunsurkan kereta ataupun membaca majalah lain. Tak kisahlah, Sebenarnya kalau anda beli banyak sikit setiap bulan, ada harapanlah kami nak cekik Tn Ashri mintak naik gaji dengan tambah elaun perumahan. Setiap orang beli 5 nashkah. Amacam?

irwan@majalahkereta.com.my



RON Rambo
Julai 2009


Bermula 1 September nanti, klasifikasi penjualan minyak petrol negara ini akan diselaraskan dengan dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON 95 dab RON 97. Sebagai pengetahuan, kedua-dua jenis bahanapi ini ialah dari sumber yang sama, Cuma melalui proses berbeza yang mana kedua-duanya tetap kekal sebagai petrol tanpa plumbum. Jadi. dua, bulan lagi, RON95 akan menggantikan RON92, harganya ialah RM1.75 manakala RON97 menjadi petrol premium pada harga RM2.00.

Apakah kesannya pada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu anda ketahui tentang asas RON itu sendiri. Di seluruh dunia, pencemaran bahanapi fosil telah meningkatkan kesedaran banyak pihak, justeru kualiti bahanbakar ditingkatkan, dan jurutera pula bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin pembakaran moden yang mampu beroperasi dengan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga perlu sangat minimum.

Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut?. Langkah paling mudah ialah melihat pada penutup petrol. Dan jika ia tiada disitu, boleh rujuk di buku panduan kenderaan. Pun begitu, tidak semua kereta ditulis dalam bentuk angka, sesetengahnya ditulis dengan istilah ‘leaded’ dan ‘unleaded’. Jangan khuatir, majoriti etrol yang dijual di malaysia (termasuk RON92) merupakan petrol jenis tanpa plumbum (unleaded)

Adakah RON97 lebih baik dari RON95?. Secara teorinya, benar, namun secara paraktiknya tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON 97 di stesen B. Perlu diingatkan, setiap petrol di yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat ini mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing. Adakah petrol RON95 berkualiti rendah?
RON adalah berkaitan campuran dua asas campuran Oktana dan Pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahanbakar petrol. RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah Oktana dan selebihnya Pentana. Begitu juga dengan RON97, 3 peratus Pentana dan selebihnya Oktana. Gandingan ini pula memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Namun sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai dengan menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking) atau juga disebut pinging.Enjin selinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar dengan sejumlah 95 peratus Oktana. Ingat. Sifat Oktana ialah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai untuk menggunakan petrol RON95. Sebaliknya, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus Oktana, maka penggunaan RON95 adalah tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan sifat mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi tidak pada pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan disinilah masalah ketukan (knocking) berlaku. Petrol yang baik adalah bergantung pada jenis pengeluar petrol itu sendiri.

Seperti yang diterangkan diawal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama. Ia direka dengan kejuruteraan tinggi untuk menjadikan setiap klasifikasi bahanbakar tersebut adalah yang terbaik. RON pula adalah klasifikasi piawai yang wajib mereka selaraskan. Sama seperti penetapan kelikatan yang ditetapkan dalam industri minyak pelincir. Dakyah yang mengatakan lebih tinggi RON adalah lebih baik merupakan pendapat yang tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan enjin.
Setiap pengeluar mempunyai resepinya yang tersendiri untuk menjadikan petrol mereka membakar dan membersih dengan efisyen. Setiap pengeluar memiliki pusat penyelidikan untuk membuat rumusan petrol dengan jisim seperti bersifat ‘mencuci’, mengekalkan tahap pembakaran, ketahanan dengan suhu dan pelbagai aspek untuk memastikan petrol mereka konsisten mengikut spesifikasi enjin yang direka untuknya. Ada pengeluar yang benar-benar serius dengan mengekalkan tahap sulfur (jenis pencemaran ni) jauh lebih rendah daripada yang disarankan, malah ada sesetengah pengeluar petrol juga menghasilkan peratusan RON lebih tinggi dari RON97 tetapi masih diklasifikasi sebagai RON97. Ada juga pengeluar yang menjual RON97 dengan kandungan Pentana lebih 5 peratus.

Kesimpulannya, RON adalah berdasarkan kesesuaian enjin, bukan kualiti semata-mata. Tidak guna membandingkan RON100 Jepun atau RON98 di Britain. Mereka mempunyai enjin yang dicipta untuk kaedah pembakaran begitu. Kenapa perlu telan 2 bijik panadol kalau sebiji dah mencukupi untuk menyembuhkan demam panas? Kenapa perlu berbelanja lebih? sedekah kat anak yatim pun dapat pahala.

irwan@majalahkereta.com.my

Mari menyepak Mat Kacau
Ogos 2009

Semalam, kebetulan, setelah sejak sekian tahunnya tidak menjejakkan kaki kedai potong asing (kedai potong yang tak biasa pergi), saya singgah di sebuah kedai yang agak lama tak jejak kaki di situ. Sebenarnya begini. Tak ada hajat pun nak membeli, cuma ketika saya nak buat nombor plat di kedai aksesori kawan saya di Pandan Indah, kereta banyaklah pulak. Jadi sementara kereta menunggu kereta lain keluar, saya pun pusing-pusing ke kedai potong di sekitar Pandan Indah sebab nak carik controller aircond digital dengan besi papan plet, sebab nak bagi Wira Tommi Makkinen tu senonoh sikit bila bertemu pemilik baru.
Kedai potong tersebut telah agak lama saya tidak menjejakkan kaki di situ. Tak ada benda nak beli pun di situ. Kali terakhir, menemankan kawan beli tayar sotong (spare) dengan harga rm50. Hah buduh, orang beli rm10 je. OK. Setelah mencari-cari, maka terjumpalah benda yang saya nak beli, papan pemegang nombor plet. Belek-punya belek, saya pun mengambil satu, yang tiada tajuk, tiada jenama kereta. Dengan yakinnya saya mengeluarkan nota RM10 yang kebetulan ada tersorok dicelah-celah not RM1. Si taukey tengok saya kembali dengan muka macam tak puas hati.
“Ini RM30 taiko..RM10 mana boleh dapat,” kata beliau sambil saya membetul-betulkan plet besi yang dah bengkok sikit itu.
“Heh. Palaotak kau! jual besi buruk ni sampai RM30, kat down town pun orang jual RM10-RM15,” kata saya dengan nada macam nak marah.
“Mana boleh dapat taiko. Barang Jepun sekarang mahal. Yen pun naik,” kata beliau sambil nadanya nampak macam nak menipu, tapi memang menipu pun.
“Wah. Ini barang bukan lu beli pun, melekat kat half-cut. Yen mana ada mahal dah sekarang, dah turun balik le. Tak baik tipu, tuhan marah,” saya pun terus berlalu sambil jalan hentak-hentak kaki, tanda tak puas hati.

Moralnya? Jangan sekali-kali menyokong kedai-kedai macam ni. Boikot. Betul, saya percaya anda bukan tak boleh beli dengan RM30. Tapi dengan cara tidak membeli, akhirnya kedai juga sedar bahawa mereka berhadapan dengan jenis pembeli seperti saya. Apa yang dapat saya perhatikan beberapa tahun kebelakangan ini, harga barang di kedai potong menjadi semakin mengarut dan mencarutcarut. Kalau mahal, jangan beli, pergi kedai lain.

Adakalanya barang lebih mahal dari harga baru pun orang beli. Gila ke. Tak survey dulu ke apa. Cuba untuk elakkan daripada mengikut trend. Kerana trend juga menyebabkan harga menjadi semakin merepek. Padahal, kalau dihitung kembali dengan kenaikan sebenar dan nilai pasarannya di Jepun, harganya tidaklah mahal mana. Kenaikannya masih ada, tapi munasabah. McD pun sekarang RM5.95 waktu lunch.

Kepada sesiapa yang hendak membeli, atau bakal membeli atau bercadang nak membeli, ada baiknya habiskan minyak motor/kereta banyak-banyak daripada membayar sesuatu pada harga premium yang tidak patut langsung di kedai potong. Kalau harga di kedai, lapan kali mahal dari yang dijual runner, ada baiknya beli dengan runner. Kalau runner cekik darah, cekik dia balik, boikot dan jangan beli juga. Beli kat Brother’s.

Saya perhatikan, pasaran memang begitu. Pembeli yang bernafsu besar yang datang dengan not-not duit besar akan terus membeli tanpa banyak pertanyaan. Jadi, mereka menyokong sebenarnya. Bila mereka menyokong, pekedai bersetuju bahawa harga yang mereka jual adalah betul. Dan bila datang orang-orang berpendapatan kecil seperti saya datang, mulalah mengamuk sakan.

Kesimpulannya? Saya percaya, jika ada 1000 orang seperti saya dalam Malaysia sekarang, nescaya Advan RG, TE37 dan CE28n tidak seperti harganya sekarang. Sampaikan Enkei RS evo yang tak ada kena mengenda dengan zaman rim forged pun termasuk sekali dalam liga.Semalam, saya tanya di sebuah kedai di Batu Caves, rim 15 inci RS Evo rm3700. Ni nak kiamat ke apa ni? Nak lagi ngeri? Di Kepong ada halfcut FD-2R RM45K!!! Caldina GT4 RM27K!!! Huh! (ada sapa-sapa nak kasik pinjam Kalashnikov?)

irwan@majalahkereta.com.my


Mana Spare Tyre?
Sepetember 2009

Pada 7 hingga 9 HB Ogos yang lalu, hampir separuh daripada penerbitan media tempatan telah dipelawa menyertai program anjuran DRB Hicom Berhad. Aktiviti yang julung kali diadakan ini melibatkan lebih 40 pengamal media dan lebih 20 buah kenderaan yang bernaung di bawah DRB-Hicom ke Tasik Kenyir yang dinamakan Adventure Hunt Tasik Kenyir. Sebagai salah satu diantara pemain besar dalam industri automotif tempatan, peranan DRB membawa pihak media dengan skop pendedahan berbeza pada kali ini benar-benar memberi satu tanggungjawab sosial kepada pihak yang selama ini berdiri teguh mempromosikan semua jenama yang berpayung di bawah logo konglomerat tersebut. Malah ia juga bagus untuk memberi maklumat kepada umum bahawa DRB memiliki saham pada kebanyakan syarikat automotif yang dijenamakan di negara kita.

Perjalanan ini juga membawa sesi uji pandu kepada satu dimensi baru. Maksudnya, dalam satu program, DRB mampu mengumpulkan pelbagai jenama dalam satu aktiviti. Kereta-kereta yang dikumpulkan melibatkan pelbagai kelas dan jenama. Daripada trak pikap kepada SUV, sedan hingga ke kereta kompak kecil seperti Suzuki Swift. Antara kenderaan yang terlibat ialah Audi Q5/Q7 dan A4, Isuzu D-Max dan MU7, Honda Accord, City dan Civic, Suzuki Gran Vitara, Swift dan Swift Sport, Chevrolet Optra dan Captiva, Mitsubishi Lancer, Triton dan Pajero Sport dan Proton Exora. Dengan perjalanan merangkumi sekitar 500 kilometer dari Kuala Lumpur ke Terengganu, ia adalah satu program yang berjaya, walaupun pada hakikatnya DRB bukanlah satu entiti yang bertanggungjawab secara terus terhadap jenama-jenama di bawahnya. Kakitangan DRB yang kelihatan kurang mahir dengan program seperti ini bagaimanapu telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan program berjalan lancar. Segala bentuk layanan yang diberikan kepada kami antara yang boleh saya katakan setaraf kelas VIP. Syabas Kapten!

Perjalanan pergi melibatkan hanya satu persinggahan di Hotel Hyatt Kuantan untuk makan tengahari. Oh Ya. Perjalanan kali ini juga, bukan hanya melibatkan pihak media permotoran, ia juga membabitkan penulis dari segmen lifestyle, rekreasi dan berita/rencana. Ketibaan di Tasik Kenyir Resort juga disambut meriah oleh kru di sana, dan lebih membanggakan, semua peserta konvoi tiba pada waktu yang hampir sama. Baik dari kalangan media permotoran ataupun sebaliknya.
Semasa perjalanan pergi, saya dan Bart Simpson memandu Pajero Sport dan Exora. Memang betul-betul relaks sebab kereta yang tak leh blah. Nak potong loripun kena berdiri tekan minyak. Jadi kitorang pun drive biasa biasa je. Exora tu lagi best, kalau tengok pada sticker kereta siap tulis test drive unit, bapak besar punya sticker. Rasa macam salesmen pun ada. Ada sekali tu GPS tunjuk jalan sampai masuk dalam ladang kelapa sawit mana tah. Sampai habis semua taik lembu kitorang redah.


Perjalanan balik memang Adventure Hunt. Kitorang dapat Swift Sport. Kereta ni memang nimble kata orang Jawa. Jalan Kampung? sekali pijak je kereta melompat ke depan. Dia punya handling toksah cakap kalau setakat Jazz ke Vios ke Yaris ke. Saya yakin, kalau bukan Saladin Mazlan, jangan mimpi boleh kejar ini kereta. Namun keseronokan tidak berpanjangan. Memandangkan kami adalah peserta 2 terakhir yang bergerak dari Resort, saya cuba mengejar konvoi di depan. Di persimpangan Kuantan, kami sudah melepasi 5 kereta yang bertolak lebih awal. Tahu berapa laju ini kereta boleh pergi? 2 orang dengan beg baju, beg kamera, tripod, pisang, keropok lekor, kambing dan buah-buahan tempatan pada 180KM/j dengan stereng yang masih boleh di kawal dengan yakin. Pada 200km/j, kereta ini perlukan konsentrasi penuh.

Sewaktu menghampiri kawasan rehat Maran, terdengar bunyi meletup, tayar belakang pancit. Nasib baik juga tak berapa laju dan nasib baik juga tinggal beberapa langkah lagi dari kawasan rehat. Bila dah parking baru sedar bahawa kereta ni tak ada spare tyre. Bila selongkar but belakang cari repair kit tak ada, hilang tah kemana. Yang ada cuma Jek dan spanar pembuka tayar. Dan untuk menjadikannya lebih adventur, peserta yang cuba saya paging dengan walkie- talkie tidak ada yang menjawab. Nak lagi best, Swift sport ni datang dengan rim lima lubang. Saiz tayarnya pula pelik 195/50/16. Saya cuba menghubungi pasukan bantuan dan akhirnya kereta ini terpaksa ditinggalkan dan kami menumpang sebuah Triton hingga ke KL.

Program seperti ini memberi banyak input berguna. Lebih-lebih lagi bila mengetahui bahawa DRB-Hicom sebenarnya gigih untuk memajukan industri automotif di Malaysia. Ada maklumat yang tak boleh saya tuliskan di sini. Bagi kami pihak media permotoran yang memperjuangkan banyak isu yang belum selesai, saya percaya sebahagian besarnya sedang ataupun telah diusahakan oleh pihak DRB. Orang-orang besar mereka tidak duduk diam. Malah saya boleh andaikan sebahagian mereka sebenarnya lebih layak menjadi menteri yang akan memajukan automotif di Malaysia.

Syabas kepada pihak DRB-Hicom yang berjaya menganjurkan program dengan sukses pada kali ini. Terima kasih juga kerana mempelawa kami media yang tak berapa glamor ni. Terima kasih kepada kru YS Khong yang terpaksa berpatah balik mengambil kami di R&R. Terima Kasih kepada Kak Zurinah dan tidak dilupakan kapten Norman, Shukri dan semua kru DRB yang terlibat (sorry, saya jenis susah nak ingat nama orang).
p/s : Bard pitam lepas berkayak. Amacam?
(dahlah bawak cam orang mabuk!)

irwan@majalahkereta.com.my


Bila nak pergi lagi hah?
Oktober 2009

Disebabkan terkejar-kejar deadline untuk mendapatkan juga cover bulan lepas, maka ceritayang ditaip jadi tidak berapa nak lengkap. Malah saya tak sempat hendak berterima kasih pada geng-geng Tawau yang melayan kami ibarat raja selama 4 hari berada di sana. Sebelum terlupa sekali lagi, saya ingin menyampaikan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan pengerusi majlis, para tetamu VIP, saudara Ringo, Rudy, Ben10, Zul Ketam, Bhay, Zikri, dan mereka-mereka yang saya dah lupa namanya. Sesungguhnya hanya Tuhan yang boleh balas balik jasa anda semua. Kalau benda tak baik tu, mungkin setan balas balik.

Sepanjang saya menulis di majalah ini tidak pernah saya menerima layanan sebegitu rupa seperti yang kami nikmati di Tawau. Telah banyak perjalanan yang kami lakukan dan banyak juga tapak kaki telah kami menapak, rupa-rupanya di bumi sendiri yang belum diteroka memang bagus-bagus orangnya. Kami disambut bak Mawi masuk The Store, gila punya semangat mat-mat kereta di sana menantikan kehadiran krew KERETA yang sebenarnya tak glamour langsung. Kami dilayan sampaikan rasa 4 hari di sana macam tak cukup masa nak jumpa semua orang. Walaupun Bard telah melakukan perlakuan yang memalukan syarikat di sebuah pusat rekreasi, saya percaya ia telah dilupakan oleh geng Tawau.

Dari sudut yang berbeza, saya agak terkejut dengan perkembangan modifikasi di Sabah secara amnya. Apatah lagi dibandar kecil seperti Tawau yang mana jika dibandingkan di Semananjung, kemajuan Tawau anggarannya tahap-tahap kampung saya je nih. Tapi di kampung saya tidak ada orang pakai R34 GTR dan S2000. Di kampung saya juga tiada mesin drag gila dan juga di kampung saya juga tidak banyak Hashiroku. Yang ada, Toyota LE yang dah reput. Kereta modified paling cantik di kampung saya dengar-dengar khabar ownernya jual dadah. Realitinya, Tawau terdiri daripada kelompok yang pelbagai. Daripada sebuah pekan kecil yang mana nun jauh di hujung Borneo, sememangnya saya tidak sama sekali sangka bahawa perkembangan modifikasinya sebegitu rupa. Terletak kira-kira 500 kilometer dari ibu negeri Kota Kinabalu yang saya pergi enam tahun lepas kot. Jadi pada ketika ini, saya tidak anggap bahawa keretanya akan jadi lebih maju dari KK walaupun hakikat sebenar adalah sebaliknya.

Kategori ubahsuainya pelbagai. Jika anda rasa Toyota mendahului pasaran, memang benar. Malah sebenarnya di Sabah dan Sarawak 4WD, Pikap dan SUV 4X4 adalah kenderaan yang lebih praktikal di sana. Saya memang minat betul ada model Land Cruiser yang lama gila tu. “Perrggghhhh!!! Terbaik Jo”, kata Rudy. Model apa entah. Tapi menurut Zul Ketam, beliau juga meminati 4X4 tersebut yang mana statusnya memang klasik habis. Harganya 40-50K. Mak aii!!!. Ingatkan murah-murah macam Pajero lama. Terus terbatal niat.


Sebenarnya, pengalaman di Tawau memberi banyak input berguna kepada kami (Saya dan Bard), majalah KERETA dan sudah tentulah pada anda semua. Tapi perjalanan yang berlalu itu tersemat jauh di sudut hati saya. Mungkin perjalanan tersebut terlalu singkat, tapi ia memang sentimental sebab saya baru perasan bahawa rasanya memang ramai yang jenis boleh dibuat kawan. Tak taulah kalau Rudy tu memang jenis nak kipas ambik hati,harap saya masukkan Skyline beliau. Zul Ketam? Tinted keretanya mengalahkan Sultan. Zikri? “Heh, bro, lu tak payah transfer semenanjung lah, tunggu gua pindah sana, gua dah paksa bos bukak opis KERETA cawangan Sabah. “Bhay, nanti kita set-up bukak bisnes francais burger kat sana”

Bilamana anda dah terbiasa suasana KL dengan hiruk-pikuk bandar yang sibuk 24 jam dan buang air kecil pun kena bayar, suasana tenang di Tawau memang membuatkan saya tak mudah lupa. Lepak tepi laut tengok bot petang-petang sambil awek lalu lalang. Orang bawak kereta pun relak-relak tak ada benda yang nak dikejar. Kemajuannya seimbang dan tak macam di kampung saya yang mana kawan-kawan sekolah dah banyak yang pupus. Kawan baik saya di kampung ialah taukey Ameen Corner’s iaitu seorang pakcik berumur 55 tahun. Sekiranya perlumbaan drag di Tawau jadi kenyataan, kemungkinan besar kami akan turun semula. Membuat liputan menyeluruh lagi. Dan menurut budak di sana, drag di Tawau memang gempak habis. Macam karnival sure hampas, orang dan kereta yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masa tu pun dengar-dengar awek pun ramai dan kemungkinan besar Mat Kacau nak follow. Nak cari jodoh kat sana kata dia...

irwan@majalahkereta.com.my


Kalau rasa gembira tepuk tangan!
November 2009

Pernah tak dalam satu hari tu anda rasa sangat teruk. Buat apa sahaja serba tak kena. Nak makan tak selera, buat kerja pun tak ada mood. Jangankan menaip artikel, pegang kamera pun rasa macam pegang stoking. Tak ada feel, bawak kereta jangan cerita, fikiran menerawang entah ke mana. Ini bukan kes teringat awek. Ini kes sebab anda berhadapan dengan masalah yang susah nak diselesaikan. Kena pula bila masalah tersebut datang bertimpa-timpa. Tak selesai yang pertama, yang kedua dan ketiga menunggu depan mata.
Menjadikan fikiran lebih kusut bilamana mengetahui ada orang mengambil kesempatan di atas masalah anda. Jalan penyelesaian memang dah nampak. Ada orang menawar untuk membantu. Iaitu kawan baik anda. Disebabkan anda dalam keadaan yang tidak boleh berfikir panjang dan rasional, anda mengharapkan bantuan dengan harapan adanya nilai keikhlasan sebagai kawan. Tapi tak lama kemudian, anda mendengar sesuatuyang tidak enak, kawan baik anda mengambil kesempatan di atas masalah anda tersebut.

Faham maksud saya? Jika anda berada di posisi saya sekarang anda akan cuba menyelesaikan masalah dengan mengambil kira kawan yang sudi membantu. Bila mengetahui ada orang mengambil kesempatan di atas masalah anda, ketika itu jugalah anda akan rasa sangat teruk. Bukan marah atau bengang, tapi lebih kepada rasa sedih dan terkilan sebab anda sangkakan kawan yang anda harapkan untuk membantu melakukannya dengan ikhlas, tapi sebenarnya ada udang di sebalik charkuey tiau.

Setiap hari kita akan berhadapan dengan masalah sebegini. Percaya atau tidak dek kerana soal kepercayaan juga, saya semakin memilih untuk berkawan. Di kampung, kawan saya tak sampai 5 orang. Kebanyakan generasi sepersekolahan saya yang menjadi makhluk bernama manusia tidak lagi tinggal di kampung.Semuanya bekerja di luar. Yang ada banyak dah tak serupa orang. Yang serupa orang kebanyakan sama seperti saya, cuma menunggu puak-puak kami balik dan melepak minum. Kalau tidak, balik kerja lepak rumah dengan anak bini.

Dalam perniagaan, membeli-belah barang kereta juga begitu. Oh Ya. Saya dah lama betul tak main kereta. Lebih kepada menolong kawan-kawan beli dan jual barang saja. Mengikut kawan saya yang mengusahakan beberapa kedai, masalahnya hampir serupa. Supplier yang yang cakap tak serupa bihun, jenis jual barang yang tak wujud. Bila si kawan saya tadi dah ambil deposit pada pelanggan, barulah supplier sibuk nak cari barang, lepas tu baru hantar. Ada beberapa kes, kena tunggu sampai 2 bulan. Yang jadi mangsa kemarahan pelanggan ialah kawan yang meniaga atas dasar percaya pada supplier.

Atas dasar percaya juga, kita patut lebih berhati-hati pada sesiapa sahaja. Sekarang pun ada macam-macam cara orang nak menipu. Skim cepat kaya jangan cerita, kadang-kadang sampai 10 emel sehari ajak join macam-macam program merepek. Seingat saya, kalau dulu emel mengarut hanya dikirim dari negara Afrika, kata mak sedara dia matilah, bapak dia gabenor banklah, nak transfer duit sejuta poundlah. Gila apa. Sekarang pun ada yang jenis masuk program membantu muslimlah, jual natang apa pun tak tau. Join hari ni bayar rm10 cukup sebulan dapat rm sejuta. Kalau betul wujud, saya akan bukan 5 akaun terus, dapat duit, buat surau lapan tingkat dengan lif kat kampung saya. Pahala jariah yang tak habis sampai mati.

Kalau saya boleh bagi nasihat dan berkongsi pandangan pada anda semua suka untuk saya nyatakan, tak rugi kalau kita tak menipu orang.Tuhan pun tak marah, orang pun tak menyampah, kawan pun suka. Ingat tentang karma hidup. Hari ini kita buat baik, tuhan akan balas 10 kali perkara yang lebih baik. Balasan baik datang dengan banyak cara. Tak semestinya kita sedekah RM100 kat masjid tahun ni bos bagi bonus 2 bulan. Balasan baik datang dengan pelbagai kebaikan. Saya sangat percaya tentang ini. Hari ini anda bantu seseorang alihkan keretanya yang kehabisan minyak di trafic light, tuhan balas balik dengan kesihatan anda sepanjang tahun, jangankan demam, batuk pun tuhan tak bagi. Amacam berbaloi? Tapi bayangkan kalau kita buat 10 kali jahat, cukuplah Tuhan lumpuhkan sebelah kaki. Nak lawan Tuhan?

irwan@majalahkereta.com.my


Mounting pecah lagi dan dasar entah apa-apa
Disember 2009

Kini dua minggu berlalu selepas Dasar Automotif Nasional diumumkan. Omputih kata “bread n butter”. Tak ada cerita baru. Tak ada yang seronok pasal dasar yang sepatutnya berkembang, secara relatifnya untuk menarik pelabur luar yang rata-ratanya lari ke Thailand dan Indonesia. Dasar yang menyuruh 2.7 juta kereta pergi inspection setiap tahun?. Satu hari Puspakom kena periksa 7397 buah kereta tanpa cuti sabtu ahad atau hari raya. Amacam? Bijak tak?. Lepas seminggu, polisi pemeriksaan ni di batalkan pula. Amacam? Kaji dulu kesannya ataupun sedar fasiliti tak cukup ataupun sebab sedar bahawa kereta kita memang tahap reput baru habis bayar hutang.

Anda mungkin membaca tulisan saya dalam sebuah akhbar, tetapi biasalah, suratkhabar mainstream ni mana ada yang tak elok tentang polisi. Kalau kata motor kena wajib diperiksa setiap tahun pun diorang akan kata bagus. Hatta kalau basikal sekalipun. Baiklah, sekarang mari kita lihat dasar ini secara keseluruhan. Saya telah membaca berulang-ulang kali dan dapat membuat rumusan, ia adalah sekadar perenggan yang mana tidak perlu 3 tahun untuk dikaji.

Isu AP masih ditunda dan terus ditunda, maka selepas 2015 apa pula? Dah tak ada AP macamana nak jual Harrier, Wish dan Estima?. Saya percaya akan ada mekanisme lain yang menggantikan AP ini. Dan tak hairanlah jika negara jiran bising-bising bila kita tak buka pasaran bukan berdasarkan AP dan AFTA. Malah kalau dalam sistem ekonomi moden yang digariskan oleh WTO, bendabenda seperti AP ni tidak betul dalam kebebasan perdagangan moden. Kenapa kita rakyat biasa tak layak dapat AP satu sorang? Kenapa buat satu sistem yang hanya mengkayakan sesetengah orang? Protection? Sampai bila kita harus ada perlidungan kepada industri tempatan? Dalam blog ramai yang yang berdebat, yang menentang dan tak kurang yang menyokong. Jawapan biasa yang akan anda dengar ialah perlindungan adalah amalan setiap industri yang ada di setiap negara. Betul, saya setuju, chedet pun setuju, tetapi perlindungan berterusan hanya menyebabkan pasaran jadi tidak berdaya saing.

Perlindungan pada Proton menyebabkan jenama kereta lain tidak dapat bersaing dalam pasaran. Akibatnya, harga kereta menjadi sangat mahal. Bila sangat mahal, Bank Negara terpaksa merangka pelan pembiayaan balik yang panjang. Bila berhutang lama, sampai 15 tahun kereta pula nanti ada polisi baru kena scrap. Tahukah bahawa 30 peratus pendapatan kita hanya untuk kereta?

Saya adalah antara orang yang kuat mempertahankan Proton satu masa dahulu. Kerana saya amat yakin, kalau dibandingkan dengan negaranegara jiran kita, Malaysia mempunyai fasiliti dan sistem yang bagus. Minyak petrol kita pun murah, itu saya tidak nafikan, tapi dalam konteks hari ini, bila dasar automotif terbaru ini diumumkan, saya melihat bahawa tongkat yang diberi untuk perlindungan industri ini telah disalah gunakan. Industri kita terlalu manja dimomok dengan pelbagai insentif dan kemudahan.

Tutup Proton? Itu jawapan yang tidak bijak dan emosional. Tutup Proton tidak mengubah apa-apa. Proton sebenarnya perlu menerima rakan kongsi. Malah ketika cakap-cakap mendabik dada orang-orang besar Proton yang mengatakan kini mereka tidak perlukan rakan, membuatkan saya tersenyum sinis. Proton tidak bersetuju dengan tawaran VW? Nasihat saya, renung dari bawah dan lihat industri tanpa bantuan kerajaan,. Dan kemudian letakkan diri di mana Proton dan siapa Volkswagen. Kemudian fikirkan kembali tawaran mereka itu.

Saya tidak pasti apakah yang lama sangat dibincangkan antara mereka tetapi saya sangat pasti ia tidak akan menjejaskan jenama Proton. Mungkin dari segi maruahnya Ya. Tetapi, Maruah sudah semestinya tidak boleh membeli nasi. Kalau bicara pasal maruah, maka UK adalah negara paling pondan, tak ada satu pun industri automotif milik mereka secara langsung. China buat kereta dengan bermaruah? Kalau bandingkan kereta Chery dengan Proton Saga 1985, saya akan pakai Saga 1985. China buat kereta macam buat mainan. Sebab tu, mereka bida semua syarikat yang diperlukan teknolognya. Pernah tengok Men Gentlemen? Itu syarikat MG (UK) yang dah jadi China made. Itu belum masuk Aston Martin pun yang tidak lagi jadi jenama nombor satu di Britain.

Saya juga tak faham sebenarnya di mana hala tuju sektor automotif kita. Nak mengharapkan syarikat lain buat R&D enjin hybrid? Nak buat kilang di sini? Buat apa saya nak bukan satu kilang yang hanya boleh jual tak sampai 100 bijik kereta setahun? Kenapa saya tak besarkan saja kilang saya di Thailand? Kalau pun saya mampu membuat kilang, apa jaminan bahawa polisi cukai dan insentif saya tidak ditarik balik? Apa jaminan bahawa bila menteri bertukar dan polisinya kekal? Itulah masalahnya tentang dasar yang kita rangka. Hapuskan industri half-cut? Kita ni makin ke depan ke nak masuk gear undur? Memang mangkuk betul sapa yang buat cadangan ni. Saya ingat 2011 nanti nak buat bisnes kereta curi. Jual sparepart. Takpun import sparepart dari China, lalu ikut Thailand, singgah kat rantau Panjang print sticker ori. Amacam? Huh! Tak reti buat-buat pandai!

irwan@majalahkereta.com.my

Thursday, December 24, 2009

Kenangan Main Bowling 2009


hadiah...

Hadiah Misteri..Suraya

Juara..Kopral Marlizan

Kedua..Azmina

Tuan Azhar

Syady

Tuan Zul

Tuan Riza

saya.....

Ustaz Suhaimi

Zira
Wan Hashim

Tuan Adzmee

Tuan Hj Mazlan

Tuan Zaini

Tuan Izali

Sabrina Bee

Sarjan Jali
Suraya

Awek2
Strike tu Tuan napi.....

Jejaka Idaman Malaya

Atur line...

Posing....

Tension....

Tak tau la kenapa dalam dua tiga hari mood tak baik semacam lak..apa yang dibuat semua tak jadik..apa yang diplaning ...hancusss.pening...pening...Masa main bowling beregu anjuran Maksak Kelantan.Game pertama dapat skor baik.......game kedua,ketiga dan keempat...skor teruk giler...macam orang tak pernah main aje....

Tuesday, December 22, 2009

Selepas Cuti......

Sejak akhir ni saya sibuk sikit kerana banyak perkara yang perlu dilakukan di tempat kerja. Maklumlah sebab dah lama tinggalkan pejabat kerana menghabiskan cuti tahunan, seminggu cuti rasa release kepala hotak....bukan senang nak dapat cuti....so dikesempatan dapat cuti ni rilek habis-habisan la..

Masa cuti bukan pergi mana pun...bawak keluarga jalan-jalan aje...penatnya kerana drive keta sorang-sorang...rasa la jugak lenguh-lenguh belakang....set dalam meter kereta aritu perjalanan masa cuti adala lebih kurang 1,500 km bawak keta...

Sunday, December 20, 2009

Projek Lancer A172 - Part 4

Setelah berada selama 10 bulan dalam bengkel akhirnya siaplah lancer saya ni..
ni la hasilnya...puas hati la jugak...walaupun ada bermacam-macam kaler...putih, merah, hitam dan sebagainya...






skirt VR4...



skup.....
Bumper....



Bahagian dalam..uzur sikit

Lampu signal..dalam proses tukar baru....

Side miror Honda CA1 buleh lipat...tapi pakai manual je..






pandangan belakang...

Lampu depan ori A174...

Side miror

enjin standard gaban....1.4

enjinnnnn..





spoiler fiber jer...







Friday, December 11, 2009

Cuti-Cuti Malaysia-Kuala Lumpur

Esok saya bersama keluarga akan bercuti ke Kuala Lumpur. Perancangan sebenarnya sudah lama iaitu sejak awal tahun lagi dibuat cuma tidak berkesempatan untuk melaksanakannya. Ni kebetulan masa yang sesuai bolehlah bercuti......
sekian..

Al-Fatihah

Pada jam 10.00 pagi tadi saya bersama dengan kawan-kawan ke Wakaf Baru untuk menziarahi kematian seorang kakitangan saya, Sarjan 5288 Zulani bin Mohamad dimana isterinya meninggal dunia kerana serangan strok.Isteri meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) setelah tidak sedarkan diri. Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas rohnya dan kepada beliau diharapkan banyak bersabar dan tabah dengan qada dan qadar daripada ALLAH. Semua yang berlaku adalah kehendakNya.Al Fatihah.

Wednesday, December 9, 2009

Keratan Akhbar












Beberapa keratan akhbar berkaitan dengan program-program pemulihan yang dijalankan.